Wednesday, June 8, 2016


Salam Ramadhan untuk semua

Ok nak share satu perkara yang kadang-kadang kita lupa atau khilaf kerana mengikut kata hati dan amarah. Baca dan hadam betul-betul apa yang dinyatakan.

"Ustaz...apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"

Jawapan ustaz...ringkas je...tapi menyentap...

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak akan ditanya oleh Allah...Jika kita tak redha...tak memaafkan orang lain...kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT...nak ke? Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB...nak ke?
Sebab ALLAH nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu...sorang-sorang akan datang menghadap minta maaf...nak ke?
Sedangkan...semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA...kita duk fikir-fikir lagi pasal nak meredhai ke tak...mengampunkan ke tak..."

Sekarang tanya balik kepada diri sendiri...berbangga ke kita dengan prinsip "merangkaplah korang cari aku kat padang mashyar nanti!' Sebab bukan dia jea tertangguh masuk syurga ... malahan kita juga...

Urusan kesalahan dia tu...biar ALLAH selayaknya membalasnya...
Biar ALLAH menghakimi....
Biar dia ditanya dihadapan ALLAH kelak...

Memaafkan orang...tak boleh baiki masa silam tapi akan memperbaiki masa hadapan kita...
Kita akan lebih tenang...
Insya Allah...

Oleh yang demikian kita kena berfikir dan memaafkan semua orang. Ini telah dilalui oleh saya dan sememangkan saya amat tenang sekarang. Jadi kita kena fikir hidup ini terlalu singkat untuk membenci...Saya memohon maaf kepada semua andai ada salah dan silap yang sengaja ataupun tidak disengajakan.

Selamat Menyambut Ramadhan yang kita nantikan.

MARHABAN YA RAMADHAN.

No comments:

Post a Comment