Thursday, August 24, 2017


👉10 LANGKAH MENJAGA KULIT BERMINYAK👈

Setahu admin ramai yang mengalami masalah kulit berminyak dan tak tahu macam mana nak rawat. Apatah lagi kulit berminyak ni boleh menyebabkan jerawat naik bawa geng. Jadi, harini admin nak share langkahnya

1. RAJIN BASUH MUKA

Kalau yang Islam tiada masalah untuk lakukan. Sebab lebih 5 kali kita cuci muka. Atau sesiapa yang jarang basuh muka lepasni kena kerap cuci muka ye untuk pastikan kulit kita bersih.

2. PILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT ANDA

Admin sarankan kalau pagi cari yang berasaskan susu atau telur. Ini untuk memastikan kelembapan kulit dilindungi dan masalah kulit berminyak juga dapat diatasi.

3. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Nak cantik tapi minum air kurang? Anda rasa kulit anda akan pulih dengan cepat? PLEASE!!! Admin merayu minumlah air lebih daripada 1.5L sehari. Sangat-sangat membantu kulit anda untuk pulih.

4. JANGAN CAMPUR PRODUK SESUKA HATI

Okay yang ni admin rasa ramai yang buat, termasuk admin. Admin sarankan kalau anda yang jenis memang kulit terlampau sensitif konsisten sahaja dengan produk yang sesuai dengan anda. Jangan tukar dan campur, nanti akan timbul masalah lain. Stay and love with one product okay ðŸ’ž.

5. MINIMUMKAN PENGGUNAAN MAKEUP

Makeup di wajah menyebabkan pori anda tersumbat. Bila pori tersumbat anda telah menutup kulit wajah anda untuk bernafas. Jadi sebab tu kulit anda akan berminyak secara berlebihan dan mengakibatkan geng jerawat bertenggek di wajah anda. Pakai makeup seminimum mungkin ye. Sayangi kulit anda.

6. GUNAKAN LOOSE POWDER

Elakkan memakai compact powder. Loose powder akan mengawal minyak di wajah anda. Compact powder teksturnya tebal. Tetapi loose powder nipis dan ringan. Beralih kepada loose powder sekiranya anda adalah kulit berminyak.

7. GUNAKAN KERTAS MINYAK

Pastikan kertas minyak sentiasa dengan anda. Bila muka berminyak, lap. Jangan biarkan minyak di muka anda, ini akan menyebabkan habuk dan kotoran lebih mudah melekat di wajah. Nak dapat kat mana? Watson dan guardian ada. Murah je ðŸ˜Š.

8. GUNAKAN WAP PANAS

Wap panas adalah salah satu langkah untuk mengawal minyak di wajah. Isikan air panas ke dalam bekas, halakan wajah anda ke wap tersebut dan tutup dengan tuala. Biarkan selama 10 minit. 

9. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Yang ni pun admin tahu ramai yang suka buat, sambil tengok tv, sambil buat homework, sambil buat kerja. Mesti anda buat betul? Jadi elakkan. Sebab, tangan kita kotor, kuman banyak, bila kita usik tangan kat muka jadi kuman tu dah merebak sampai ke kulit muka kita. Sebab tu jerawat naik ðŸ˜‡.

10. JAGA PEMAKANAN

Ini penting! Jaga pemakanan anda, kurangkan makan-makanan berminyak seperti kacang. Elakkan!! Kalau boleh jangan tengok terus pun takpe. 

Semoga post ni memberi manfaat kepada anda.

tag

No comments:

Post a Comment