Friday, August 25, 2017



CARA MEMBUAT KRIM MUKA DAN BADAN

Permulaan mencuba dan membuat krim muka. Berminat bila membaca dan mengkaji blog-blog luar negara yang semulajadi. Membuat dari rumah kita tahu item apa yang kita gunakan. Kita boleh cuba berkali-kali dan kaji lagi adakah essential oil dan minyak mana yang sesuai digunakan untuk kulit wajah kita.

Membuat krim amat mendebarkan bagi akak sebab takut sangat tidak menjadi. Berkata-kata jadi ke tidak semua ini memandangkan membuat krim muka cerewet sikit. Ibarat kita sedang mencuba untuk membuat kek. Tapi...Alhamdulillah membuatnya sangat senang. Dengan beberapa bahan dan sedikit masa sudah boleh dilakukan di rumah.

DIY KRIM MUKA DAN BADAN

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN


·         3 1/2 sudu kecik Shea butter
·         2 sudu kecik Jojoba oil-akak guna coconut oil
·         3 sudu kecik Aloe vera Juice
·         1 sudu kecik vitamin E oil 
·         4 titis lavender essential oil- atas pilihan yea
·         1 bekas tahan panas
·         1 bekas untuk isi krim


 
CARA MEMBUATNYA:

 

1.    Masukkan Shea butter and Jojoba oil ke dalam bekas.
2.    Panaskan api dan letakkan kuali leper berisi secawan air dengan api sederhana.
3.    Letakkan bekas tahan panas yang mengandungi shea butter dan Jojoba Oil sehingga cair.
4.    Bila dah cair Shea butter dan jojoba oil dengan sempurna masukkan aloe vera juice.
5.    Blend dengan blender tangan dalam masa 5 minit.
6.    Masukkan essential oil dan masukkan ke dalam bekas kecil.
7.    Boleh digunakan dalam masa 3 bulan.

Bila akak menggunakan coconut oil tidak sama dengan Jojoba Oil. Jadinya bagi akak atas kita untuk menggunakan minyak yang bagus dan sesuai untuk kulit muka. Setakat akak pakai menggunakan Coconut Oil.. Alhamdulillah kulit muka pun semakin lembut. Akak pakai Geranium Serum dari Auza Cosmetic dan baru pakai krim muka yang akak buat ini. Mungkin nanti akan ada penambahbaikan tapi tunggulah krim muka ini habis dulu yea.

No comments:

Post a Comment