Tuesday, June 14, 2016





KASIH SEORANG AYAH

Ramadhan yang ke-9 tahun 2016 adalah dicipta satu kenangan yang indah buat anak-anak ibu...Syarif dan Zahil...Ingatlah anak bahawa kasih sayang abah untuk kalian amatlah dalam.

Mungkin anak-anak ibu tidak mengerti lagi kerana masih lagi di usia yang muda iaitu Syarif, 8 tahun dan adik Zahil 6 tahun. Di Blog ini jika suatu hari nanti anak-anak ibu membaca akan mengetahui betapa dalamnya kasih abah pada kalian selain kakak dan kak ngah.

Hari ini ketika ibu sedang menyediakan untuk bersahur...kejutkan kakak dan kak ngah di bilik mereka...tiba-tiba ibu tengok abah kalian tengah dukung abang (Syarif) ke dapur dan tak lama pula ibu tengok abah dukung pula adik (Zahil) ke dapur untuk bersahur. Ibu rasa ingin menitis air mata melihat keadaan tersebut. Gembiranya hati ibu kerana abah kalian dapat menciptakan kenangan yang indah yang akan dikenang kelak oleh kalian berdua. Sayangnya abah kepada anak-anaknya. Alhamdulillah...

Jadi bila kalian telah dewasa kelak ingatlah abahlah yang mendukung ketika kamu kecik kerana abah tidak pernah untuk memberatkan ibu dengan mendukung kalian 4 beradik. Dukunglah abah jika dia telah tua dan tidak berdaya sepertimana dia mendukung kalian semua ketika kecil. Bayangkan abang dah umur 8 tahun abah masih dukung. Bayangkan adik yang debab dempol abah dukung. Jadi kenangkanlah kenangan ini dengan indah di masa depan kelak anak-anak ibu.

Sepertimana ibu dicipta kenangan indah dengan arwah aki kamu yang sentiasa mendukung ibu di bahu. Yea memang ibu anak manja kot walaupun adik beradik ibu ramai. Jadi kenangan indah itu ibu sentiasa kenang walaupun arwah aki dah tidak ada dan ibu menginjak usia yang semakin meningkat.

Ya Allah...terima kasih dengan rezeki dari Mu walaupun kehidupan kami tidak semewah dan sesenang orang lain tapi kebahagian yang Engkau berikan adalah satu rezeki dan nikmat yang tidak boleh dinafikan.

No comments:

Post a Comment