Monday, February 24, 2014

KESIAN ANAK-ANAK

Bila baca Berita Harian hari ini, terfikir pula kesian pada anak-anak zaman sekarang yang terpaksa mengikut KPI pihak atasan dan juga guru-guru terpaksa melaksanakan PBS tanpa rujukan lebih mendalam. Entah apa-apa rasanya, biarlah pada zaman kita dulu-dulu ada peperiksaan yang akan membuat murid-murid berfikir dan seram sejuk untuk menghadapi peperiksaan. Diri ini bukanlah guru atau pihak atasan tapi bila difikir balik anak-anak hanya dibuat kajian dengan sesuatu sistem tanpa melengkapkan sistem tersebut dengan lebih teliti. 

Guru-guru yang melaksanakan PBS pun terpaksa bertungkus lumus dan kadang-kadang mengeluh dengan sistem yang terlalu pada PAPER berbanding hakikat yang sebenarnya. Bukannya apa, dengar daripada adik-beradik yang menjadi guru, terpaksa bertungkus lumus dengan murid-murid lagi dan juga dengan pentadbiran yang memerlukan standart yang tinggi. Akhirnya tidak tahu yang mana satu perlu dibuat. Selalunya PARA GURU akan lebihkan pada anak murid mereka tetapi SISTEM PBS itu TERPAKSA juga dilaksanakan untuk KPI PIHAK ATASAN. Keadaan ini akan memberi lebih tekanan kepada guru dan juga anak murid. Diri ini tak berani nak komen lebih-lebih tapi berdasarkan pandangan saja.... Kalau nak tahu baca disini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GurutakperlulaksanaPBS/Article/ seperti di bawah

Guru tak perlu laksana PBS

Oleh Norakmah Mat Youb dan Haika Khazi Cetak
Guru tak perlu laksana PBS
Kuala Lumpur: Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan memaklumkan keputusan kajian semula berkenaan setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
 
 Katanya, penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu kementerian, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).


Teliti semula perlaksanaan

“Kementerian mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
 

No comments:

Post a Comment