Alhamdulillah... tahun ini tema baju warna coklat dah siap. Baju Melayu En. Hubby dan hero-hero semuanya dah siap. Baju Raya untuk Princes 2 orang tu pun dah siap. Tinggal baju diri ini sahaja belum siap lagi. Aduh..tukang jahitku cepat-cepatlah buat, jangan nanti bajuku tak sama warna dengan anak-anak udahlah. Tahun lepas semuanya tak sama warna sebabnya nak buat tema warna oren tapi my sister in law with family yang ambil. Pastu pikir plak nak buat tema warna kelabu...tup..tup..tup...my older sister with family pulak pilih juga warna kelabu. Last-last cakap kat En. Hubby tahun nie tak ada tema warna... nada merajuk hahaha. Rasanya tahun nie tak adalah kot sama warna dengan keluarga yang lain. Terfikir pulak tahun depan nak buat warna pink...hehehe..En. Hubby cakap kalau warna pink no way..dia takkan pakai. Susah betullah...warna pinkkan cantik lagipun warna tersebut adalah warna kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. What ever, ikut ajelah warna tahun depan apa yang En. Hubby hendak. Sebenarnya dia dah tunjuk warna tersebut tapi diri ini kurang berkenan sikit...hehehe..memilih jugak diri ini.
No comments:
Post a Comment