Thursday, August 18, 2011

Makin Hampir

Hari ini 17 Ramadhan 1432 H. Makin hampir bagi semua umat Islam menyambut Hari Lebaran. Kakak dan Kak Ngah menghitung hari untuk menyambut raya sehingga tiap-tiap hari tengok kalendar. Diri ini pula...hmmm...biasa saja. Tapi tahun ini permintaan dari Bonda hendak Kek Buah 2 biji. Alamatnya kena buat awal-awallah kek buah dan itupun belum lagi untuk MIL. Itu Kek Buah, belum lagi Kek Coklat, Kek Marble dan Kek Kuning (kek orang dulu-dulu)  yang akan diri ini buat semuanya untuk Bonda dan MIL. Untuk rumah sendiri..hehehe...tak ada.

Semalam anak-anak dah tanya bila ibu nak buah kuih raya...aduishhh....ini satu lagi bab yang memenatkan. Tapi sekarang sejak ada assistant yang tak bertauliah 2 orang tu senang sikit. Masa diaorang kecik-kecik dulu lagi payah semuanya kena buat sendiri. Tapi rasanya tahun nie buat kuih raya yang mudah sahaja. Sebabnya banyak nak buat mana nak bagi Bonda, MIL, rumah sendiri lagi dan satu hal lagi nak bagi untuk semua staff En. Hubby...Iyelahkan kesian kat staff En. Hubby penat bekerja selama bulan puasa En. Hubby pun sibuk gak jadi isteri Chef dia kenalah rajin-rajinkan diri membuat kuih untuk dia orang. Wah...ini angkat bakul sendiri. Siapa lagi kalau tak diri sendiri nak pujikan...kalau nak harapkan En. hubby alamat sampai ke hari rayalah dia takkan puji sebabnya sibuk memanjang. Banyak pulak bercerita, takpelah nanti akan diri ini update gambar (kalau senang) kek yang diri ini buat....hahaha.

No comments:

Post a Comment