Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Rasanya tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk semua bapa-bapa yang bergelar bapa dan juga yang akan bakal bergelar bapa. Terutamanya buat En. Hubbyku yang tersayang menjadi ABAH kepada 4 orang anak yang comel. Semoga bimbingan darimu dan kasih sayang daripadamu melimpah ruah seperti selalu. Kesabaranmu melayan anak-anak yang memang tidak dinafikan berbanding dengan diri ini.

Namun diri ini juga sedih kerana sudah tidak dapat lagi mengucapkan AYAH kepada ayahanda tercinta. Walaupun 8 tahun pemergiannya ingatan terhadapnya masih tetap ukuh dan kuat. Seperti malam Jumaat yang lalu, tiba-tiba hati ini terasa terlalu rindu kepadanya lantas diri ini sedekah Al-Fatihah agar dirinya dirahmati Allah di sana. Pagi Jumaat pula diri ini sedekah Yaasin untuknya. Barulah rasa rindu itu berkurangan. Masih lagi teringat betapa garangnya Arwah untuk mendidik anak-anaknya yang menjadi orang yang berguna seperti sekarang. Namun dalam garang penuh dengan kasih sayang. Diri ini selalu didukung di atas bahu AYAH apabila berjalan ketika berumur 6 @ 7 tahun. Kenangan yang akan disimpan hingga akhir hayat.

Bagaimanapun, diri ini masih lagi berpeluang untuk menyebut AYAH kepada bapa mertuaku. Semoga dirinya sihat selalu. Amin.

No comments:

Post a Comment