Wednesday, June 22, 2011

Muram Durja Lagi...

Macam mana nak bagi pendapat kat En. Hubby. Dia masih lagi bermuram lagi. Diri ini tahu hati dia sedang sedih dan rasa tak dihargai. Iyerlah BOS dia masa nak minta tolong ngan wife En. Hubby mulut manis dari gula. Bila ada masalah sikit sebab budak-budak nak berhenti asyik menyalahkan En. Hubbylah pulak. Apalah mentang-mentanglah bisnes tu awak yang punya boleh ikut kata sedap mulut aje. Dia tak pandang pun macam mana En. Hubby cuba naikkan nama hotel dia supaya nak bagi dia kaya lagi. Dari hotel yang tak ada WESTEN FOOD sampai ada termasuk yang memuji sehingga bercerita kat diri ini. BANGGALAH JAP..hehehehe... Dahlah BOS dia tu tak pernah nak berkenalan dengan ORANG-ORANG BESAR kat Negeri nie.

En. Hubby rasa down sangat macam diperbodohkan plak. Lagi yang diri ini nak marahnya, ada ke dia kaitkan plak dengan diri ini. Bodoh punya BOS. Masa nak minta tolong siap cakap "Chef minta tolonglah ngan wife u cari bisnes. Dia ramai orang kenal. Saudara mara dia pun orang terkenal gak". Bila dah kaya...En. Hubbyku pula jadi sasaran. Dia senang lenang boleh melancong berminggu-minggu ke oversea. Anak buah tak naik gaji dah 2 tahun. Yang bestnya pula penasihatnya pun sama. Taulah AWAK tu gaji dah besar janganlah pandang sebelah mata aje kat budak-budak bawahan.

Budak-budak tu pun benganglah...gaji setakat bawah paras kemiskinan, dengan sekarang nie semuanya mahal, nak tanggung keluarga lagi. Alamatnya tak lepaslah untuk diri sendiri. Budak-budak tu pun bodoh juga, ada ke dia orang marah En. Hubbyku sampai cakap kat BOS BODOH tu yang En. Hubbyku tak menolong. Dia orang nie tak nampak ke setiap kali ada function En. Hubbyku menolong dia orang sampai baju pun penuh dengan bahan-bahan memasak. Kalau tak de air siap tolong basuh pinggan mangkuk lagi. Guna manual tau bukannya guna mesin. Mana nak cari macam En. Hubby. Setahu diri inilah setiap Ketua Chef tak pernah nak tolong anak buah sampai tahap gaban macam tu. Iyerlah En. Hubbyku baik sangat ngan anak buah sampai dia pula sekarang nie kena pijak kepala. Hei...geram pula diri ini. Nasib baik tak kerja sekali hanya dekat aje kalau tak ada diri ini ???????

Diri ini rasa nak marah sangat apabila tengok muka En. Hubby. Rasanya nak menitis air mata apabila asyik terbayang-bayang keluhan berat dia. Diri ini hanya mampu memberi kata-kata semangat sahaja pada En. Hubby.

No comments:

Post a Comment