Saturday, July 14, 2012

Inovasi...inovasi...inovasi...

Sibuk sangat sampai tak terkejar nak buat semua kerja. Dahlah tarikh akhir nak hantar AIPK tak lama. Sampai nak update blog pun tak sempat. Macam-macam sekarang nie nak ikut semua sekali prosuder sampai tak boleh nak dibuat. Aduish...penat jangan cakaplah. Nasib baik En. Hubby faham dengan kerja sekarang nie. Iyelah kadang tu sampai rumah dah malam.

Cerita pasal inovasi nie..hm..hm...dahlah bagi tarikh dalam masa 6 minggu sahaja. Mula-mula my bos tak nak buat sebabnya tarlalu banyak kerja. Tapi bila dah kena tegur dengan BIG BOSS terpaksalah juga buat. Kiranya paksa dalam relalah masing-masing. Nasib baiklah semua kakitangan kewangan yang terlibat satu kepala. Yang susah jadi mudah dan juga seronok. Tak ada perasaan tak puas hati (mungkin juga ada) tapi yang bestnya my bos pun sanggup masuk berjam-jam dalam bilik perbincangan untuk merealisasikan AIPK.

Moga-moga tahun ini dapat tempat ketiga pun jadilah. Tapi harap-harap akan lebih baik berbanding tahun depan yang terpilih dalam senarai 5 terbaik bagi semua Negeri. Bagi kawan-kawan yang kadang tu sampai pukul 12.00 tengah malam harap inovasi kita ini akan berjaya. He..he..he...buat diri ini terpaksalah balik awal sikit sebabnya banyak komitmen. Almaklumlah anak ramai.

No comments:

Post a Comment