Tuesday, January 10, 2012

Air...Oh...Air...

Kisah nie kisah lama pada 28 Disember 2011. Puncanya disebabkan satu bandar Kuantan tiada air termasuklah rumah diri ini. Kebetulan pada hari itu  En. Hubby cuti dan diri ini bekerja. Awal pagi lagi dia telefon cakap air dan elektrik tak ada dan diri ini cakaplah yang JBA Pahang nak selenggara empangan di Sungai Kobat.

Hendak dijadikan cerita, bila balik dari kerja nak mandi tengok-tengok air dalam tangki dah tak ada. Tanya En. Hubby kenapa air dalam tangki tak ada ... dia jawab dengan selambanya " tak tau". Lepas tu dia cakap dengan tanpa rasa bersalah ..."tadi abang basuh baju 2 kali". Aduh...rasanya nak menjerit satu rumah sebabnya dah tau air tak ada pergi basuh baju sampai 2 mesin. Memanglah air tangki tak ada. Akhirnya... dalam terpaksa (Dipaksa) En. Hubby angkut air dari depan ke dalam bilik mandi untuk Wife dia. Baru tau...seksanya nak angkut air...tunggu air penuh dalam baldi...nasib baiklah air kat depan porch masih ada walaupun sedikit...kalau tak alamatnya tak mandilah diri ini jawabnya.

No comments:

Post a Comment