Sampai di Brinchang dah pukul 6.30 petang....Mula-mula nak terus aje perjalanan sebabnya nak balik ke Kuantan dengan segera. Tapi En. Hubby jumpa kawan dia dan kawan dia suruh balik esok. Alamak macam mana nie...diri ini pandang En. Hubby dan En. Hubby pun pandang muka diri ini dengan pandangan pelik...tertanya-tanya....
O.k. lah En. Hubby pun cakap dia dah penat nak drive, jadi kami pun melilau mencari hotel bajet untuk satu malam. Akhirnya teringat masa Syarif kecil dulu pada tahun 2008 pernah pergi Cameron Highlands dan tidur di Hotel Jasmine. Akhirnya dapat no. telefon terus call untuk booking. Alhamdulillah, dapat juga hotel untuk tidur semalam. Dah dapat booking hotel, masa untuk membeli belah. Tapi semuanya membeli macam supermak yang laju. Sebabnya kedai nak tutup dah. Hanya beberapa kedai yang masih buka itu pun mereka cakap dah nak tutup dah kak. Aduis...Along dan Angah pun pilih lebih kurang aje Key Chain. Dahlah dengan keadaan hujan masa tu...badan dah penat dok sah cakaplah.
Dah sampai Hotel Jasmine, baru teringat sesuatu...he...he...he... dengan muka sedihnya diri ini cakap kat En. Hubby "Abang, baju kita dan anak-anak tinggal yang kita pakai nie aje yang elok. Yang lain semuanya kotor." Muka En. Hubby dah cuak dah sebabnya dia nie kalau boleh nak pakai baju bersih aje. Tapi dalam muka cuak dia tu cakap "pakai ajelah nak buat macam mana janji ada baju tidur untuk anak-anak. Esok pakai balik baju nie." Huh..leganya dalam hati..nasib baiklah dia cakap macam tu. Jadinya keesokan harinya semua sekali abah, ibu dan anak-anak pakai baju yang sama. ha..ha..ha...nak beli baju dia cakap tak payahlah pagi-pagi esok dah nak balik...alamak...kedekutnya Cik Abang nie he..he..he..
Pada keesokan harinya pertanyaan dalam hati terjawab juga kenapa kawan En. hubby tak bagi teruskan perjalanan. Rupa-rupanya perjalanan dari Cameron Highlands melalui jalan baru tu hutan tebal dan tidak melalui kampung pun. Kalau ada pun perkampungan Orang Asli. Hmm...patutlah...tapi perjalanan hanya mengambil masa 2 jam sahaja dari Cameron Highlands ke bandar Raub. Berbanding masa pergi tahun 2008 perjalanan lama sebabnya ikut Grik. Satu lagi yang membanggakan, pemandangan sangatlah cantik tapi diri ini takut nak melihat sekeliling terutama ketika melaui jambatan yang mengelilingi bukit...seram...gayat...Aduish...masa tu rasa lembik lutut bila En. hubby suruh tengok kat bawah.
Akhirnya pada pukul 2.15 petang sampai di rumah...bermula pula kerja diri ini mendobi pakaian yang kotor.
No comments:
Post a Comment