Monday, September 26, 2011

BERCUTI...BAB 1

Pada minggu lepas diri ini bercuti satu keluarga ke Kepala Batas... hmmm anggaplah begitu. Sebenarnya diri ini mengikut En. Hubby berkursus dan diri ini berkursus dengan anak-anak dalam bilik aje. Balik pada hari Khamis dan pergi ke Georgetown pun sekejap aje. Itu pun nak beli baju Chefnya dekat Australia Tailor...Rasanyakan dia yang memborong lebih daripada wife dia nie. Anak-anak pun muka masing-masing masam mencuka sebab tak pergi ke mana pun. Nak beli barang-barang untuk kawan masing-masing pun tak dapat. Ibu dan Abah bagi cuti sendiri..hehehe... tapi ada buat surat ke sekolah. Apa-apa pun jom layan gambar yang tak seberapa ini.
 
Aktiviti Baby dalam bilik main kasut...sebabnya nak keluar asyik terperap aje.

Ini satu lagi aktiviti mereka selain dari tidur.

Malam terakhir di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas ada BBQ dan Karaoke...
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas dari dalam bilik aje.hehehe....

Lebuh Raya Utara-Selatan..masa ini hujan jadinya cuaca sejuk tapi masa balik cuacanya terlalu panas...

Perjalanan balik kami keluar melalui Simpang Pulai pergi ke Cameron Highlands. Time nie muka anak-anak tersenyum aje puas hati...dalam kepala masing-masing mungkin dah ada planing nak beli apa.

No comments:

Post a Comment