Membaca Berita Harian semalam membuatkan diri ini tertanya-tanya. Mengapa seorang perempuan bertindak demikian sehingga sanggup untuk membunuh diri hanya kerana suami ada perempuan lain. Mungkin diri ini tidak berada di tempat perempuan tersebut. Bagaimana tekanan yang diterima dan perasaannya tidak dapat kita selami. Ada perempuan yang tabah terutamanya apabila mendapat sokongan keluarga dan ada yang tidak dapat mengawal perasaan apabila tidak mendapat sokongan.
Perasaan adakala membuat seseorang hilang pertimbangan. Masakan ada ibu yang sanggup membunuh anak-anak kerana suami ada orang lain. Walaubagaimanapun pokok pangkalnya pegangan agama harus dipegang dengan kuat. Dengan Yang Satu kita memohon memberi petunjuk. Tapi diri ini merasa hairan perempuan merana tetapi lelaki bersenang lenang.
Mungkin separuh lelaki mampu untuk berkahwin sampai 4 seperti seorang pengacara popular di Malaysia. Tapi bagi diri ini sebagai perempuan mesti ada perasaan terdetik di hati walau sebesar kuman sekali pun. Memang dalam Islam boleh seseorang lelaki berkahwin lebih daripada satu. Tapi adilkah mereka dan berkemampuankah mereka untuk menyara kesemua isteri dan anak-anak. Adil mungkin tidak dapat dipertikaikan, tapi mampukah seorang lelaki untuk membimbing isteri-isteri dan anak-anak. Sedangkan diri sendiri bagi separuh lelaki terumbang ambing inikan pula untuk berkahwin ramai. Pokok pangkalnya biarlah satu yang kita tahu perangai buruk dan baik dia macam mana. Sebagai lelaki seharusnya membimbing isteri untuk mendengar dan menghormati suami dan keluarga.Dan hormatilah juga perasaan isteri jangan ikut ego seorang lelaki sahaja.
No comments:
Post a Comment