Apa-apa pun tetap juga berdebar takut terjadi seperti mula2 tukar di tempat kerja sekarang. Terasa sangat bila kita tak diterima. Nak buat kerja pun tak tau. Orang yang kerja lama tak nak ajar dan suruh diri ini belek fail untuk menjawab semua jawapan surat dari semua jabatan. Masa tu hari-hari menangis. Dahlah diri ini masa tu mengandungkan kak ngah. Dengan ada masa tak larat, muntah2 ....mood orang mengandunglah katakan. Masuk kereta tengok muka En. Hubby jew terus menangis. Tiap2 hari dia bagi kata-kata semangat. Alih-alih sekarang nie dah nak masuk 9 tahun kerja di sini. Segala kenangan manis dan pahit itu menjadi pengajaran buat diri ini.
Sebab tulah sekarang diri ini dah siapkan semua untuk persediaan bajet tahun depan. Dah siap buat colums dan perbelanjaan semasa. Sum untuk setiap bajet bagi tahun depan pun dah buat. Senang orang yang menggantikan diri ini nanti tak terjadi seperti diri ini masa mula2 masuk sini. Apa2 pun diri ini melepaskan segalanya dengan senang hati. Kalau ada yang terkurang tu minta maaflah. Kitakan manusia biasa yang tidak sempurna yang akan juga melakukan kesilapan.
No comments:
Post a Comment