My SIS nie memang baik. Dialah yang jaga kita orang selepas kahwin dengan abang. Ibaratnya dia pengganti mak ketika kita orang sekolah dulu-dulu. Masa tu arwah pencen, jadi mak dan arwah ayah balik kampung. Masih tebal lagi di ingatan macam mana dia selalu masak, basuh baju kita orang, marah kita orang (hehehe...degil gak diri ini). Anak sedaraku yang di atas tu masih kecil lagi masa tu. Sekarang nie My SIS dah tak payah nak pikir dah pasal kita orang (tapi kalau tak betul masih lagi dia marah) sebabnya semua dah kahwin kecuali seorang tu dah bertunang dan adik-adikku yang 2 orang masih belajar di IPTA. My SIS kalau marah sekarang nie pun untuk anak-anaknya 5 orang dan anak-anak sedara yang ramai. Masih kuat berleter lagi rupanya...hahahaha... Walaubagaimanapun kita orang adik beradik memang sayang sangat My SIS nie... Love U..Muahh...muahhh...muahhh....
No comments:
Post a Comment