Anak perempuan sulung ku ini adalah seorang yang senyap dan pemerhati. Berbanding dengan adiknya Kak Ngah yang mulut bising, banyak cakap dan tingkah lakunya adakala kasar sedikit. Kak Long nie dia akan bertanya sesuatu perkara dengan lembut dan satu perkara dia akan minta terangkan sehingga dia faham. Dia akan terima semua yang kita terangkan dengan anggukan. Seseorang yang boleh aku harapkan untuk jaga adik-adiknya. Dia akan kawal adik-adiknya sehingga ada masa dia menangis sebab budak lelaki bukan jenis suka duduk diam.
Kak Ngah.... seorang anak yang periang, ada kala kasar sedikit terutama dengan adik-adiknya, banyak cakap sehingga aku pun pening nak jawab semua pertanyaannya. apabila diminta membuat sesuatu perkara dia akan lambat membuatnya ataupun dia minta kakak tolong dia. Dia mungkin inginkan perhatian agaknya sebab dia lambat dapat adik. Beza jarak dia dengan abang 5 tahun. Kadang kala ada juga perasaan nak marah asyik bertanya perkara yang sama dan adik-adiknya pula buat perangai. Sabor ajelah.
Tapi inilah dikatakan anak-anak. setiap orang berlainan caranya. Moga-moga aku dan en. hubby dapat mendidik mereka dengan baik dan menghormati kata orang tua. Insyaallah....
amin~
ReplyDelete