Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Maal Hijrah kepada semua umat Islam.
Cuti sempena Maal Hijrah nie tak hilang rasa penatnya sebab anak-anakku sakit mata.
Abang menangis....Adik menangis...huhuhu..ibu pun menangis sebab kesian tengok anak-anakku ini.
Abang sambil menangis..."ata (mata) abang...ata abang...ata abang..." sebab mata tak boleh buka.
Adik pula menangis, merengek dan tak nak duduk pula. Asyik nak berdukung aje....
Satu lagi yang payahnya bab nak bagi ubat pada Abang dan Adik.
"Abang mari sini makan ubat" ... ajak saya pada Abang.
Sambil dia lari ke ruang tamu dia cakap ..."Anok (tak nak)...anok..anok.."
Naik hangin ibu sekejap. Abah boleh suka aje. (Sambil tu kejar Abang untuk makan ubat)
Adik pula bila nak bagi makan ubat kena pegang sampai 3 orang. Ibu, Abah dan Along...
Siap jerit lagi...Berhempas pulas nak lari... Abah pegang Adik kat badan dan tangan, manakala Along pegang kepala Adik.
Ibu sambil riba Adik pegang ubat nak bagi dia makan.
Angah tolong isi ubat mengikut sukatan.
Semua ada peranan ketika nak bagi Adik makan ubat. Punyalah payahnya. Hehehehe...
Kalaulah jiran sebelah dan belakang rumah dengar mesti dia ingat dera anak.. Memang pun dera suruh makan ubat...
No comments:
Post a Comment