i. Makan sarapan berasaskan bijirin dan gandum tulen seperti jagung, oat dan capati. -
ii. Pilih roti, biskut, pita atau bijirin sarapan jenis gandum tulen (wholemeal).
iii. Gantikan beras putih dengan beras perang. Beras perang mengandungi serat dan menjadi putih apabila bahagian serat dibersihkan. Jika tidak, campurkan beras putih dengan beras perang.
iv. Pilih makanan berasaskan kacang seperti tauhu, tempe
v. Jadikan buah sebagai kudapan terutama ketika menonton televisyen.
vi. Amalkan makan ulam.
vii. Makan setengah cawan sayur setiap kali makan nasi tengah hari atau malam.
viii. Mulakan hidangan dengan sepotong atau sebiji buah.
7. Bagaimana menggalakkan pemakanan seimbang
i. Kanak-kanak tidak seharusnya diberi hadiah manisan atau gula-gula sekiranya berjaya menghabiskan makanan utama kerana ini mengajar mereka mengutamakan gula-gula daripada makanan seimbang.
ii. Makanan keluarga haruslah berdasarkan sajian seimbang dan sihat mengikut piramid makanan.
iii. Setiap orang perlu memastikan pengambilan makanan yang betul.
iv. Ibu bapa perlu mengehadkan jangka masa menonton televisyen dan menghadap komputer.
v. Remaja digalakkan membuat catatan makanan. Diari makanan meliputi kuantiti dan jenis makanan disamping tempat, masa dan bersama siapa.
vi. Makan di meja makan pada waktu yang tetap.
vii. Kunyah makanan dengan perlahan sedikit demi sedikit.
8. Rancang hidangan anda
Rancang hidangan untuk memastikan anda sentiasa mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan seperti berikut :
- Panggang
- Rebus
- Kukus
- Bakar
- Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng
Aduh...kok bisa membuatnya...
No comments:
Post a Comment