Hari nie hari Jumaat. Rindu pula kat MAK yang ada kat Selayang tu... Esok pula MAK pergi Bentong pula. Agak-agaknya bila pula MAK nak turn rumah diri ini. Anak-anak dah bertanya bila pula nak balik Kampung. Lama dah rasanya tak balik Kampung sejak MAK asyik pergi berjalan-jalan rumah anak-anak. Iyelah masa muda dulu MAK hanya duduk rumah aje jaga anak-anak. Hasil didikan yang sempurna MAK dan Arwah AYAH, Alhamdullilah anak-anak MAK berjaya.
Walaupun MAK tegas tetapi sifat keibuan amat jelas. Anak-anak tetap takut jika MAK marah dan hormatnya kepada MAK terlalu tinggi. Walaupun MAK tidak reti membaca dan menulis, setiap anak diberi didikan yang sempurna. MAK tetap akan berkata walaupun MAK dan AYAH (arwah) susah, tapi MAK tak mahu anak-anak MAK susah macam MAK. Walaupun MAK tak reti membaca dan menulis, MAK tak nak anak-anak MAK jadi macam MAK. Masih ingat lagi MAK tetap mengajar Matematik kepada diri ini. MAK kalau bidang pengiraan memang cekap mengalahkan anak-anaknya sendiri.
MAK adalah seorang yang amat tegas. MAK pernah mengatakan selagi nyawa MAK ada MAK takkan bagi anak-anak MAK pada orang lain walaupun ramai yang meminta. MAK akan melayan karenah anak-anak dengan bijaksana. Walaupun diri ini sudah berkahwin dan mempunyai anak, MAK tetap juga menegur jika ada buat kesalahan. Sekarang adalah masa untuk MAK melayan cucu-cucunya yang ramai sehingga jika semua ada semuanya nak perhatian dari NENEK. Tapi diri ini kadang-kadang risau jika MAK tidak sihat. Diri ini sungguh beruntung memiliki MAK. Syukran....
No comments:
Post a Comment